Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa I-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif akan menjadi lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang disalurkan kepada alat-alat elektronik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba mencabut soket I-CHARGE keluar, Ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. Tindakan ini sama seperti anda mencaput soket komputer daripada sumber arus elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam hal ini,I-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar elektrik supaya keselamatan anda dijaga. Selain daripada itu, pihak syarikat juga memberi satu tambahan fius untuk soket bagi setiap pembelian I-Charge supaya pengguna boleh menukarkannya jika kemalangan berlaku. Namun, anda dinasihatkan supaya menghantar I-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan tidak ketara sangat, I-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Anda tetap dinasihatkan supaya jangan mencabut I-CHARGE sesuka hati anda ketika kereta dipandu demi menjamin dan menjaga jangka hayatnya.
FREE....
14 years ago
0 comments:
Post a Comment