BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

BAGAIMANA I-CHARGE MENINGKATKAN KEBERKESANANNYA? APAKAH KELEBIHAN2 YANG BOLEH KITA NIKMATI SELEPAS I-CHARGE DIPASANG?

Pemantapan Voltan I-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. Sistem Pemantap Voltan (VSS) I-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik di dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa menampung muatan yang lebih seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, kuasa voltan daripada sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan sistem elektronik yang baru ini. I-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan kuasa voltan ini menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan, membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai. Dengan itu ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik kereta beroperasi dengan lancar.

Reka bentuk I-CHARGE kedua pula tentang Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa voltan bateri. Apa yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LED (MERAH) yang direka khas pada papan I-CHARGE, tanpa membuka hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan memahami keadaan bateri secara mudah.

Reka bentuk I-Charge ketiga, Sistem Pengurangan Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan berlakunya kesilapan. Kini kereta menggunakan pelbagai jenis komponen elektronik seperti badan manusia. Ia bukan sahaja mengandungi reseptor ( seperti saraf tunjang tangan), reflector (seperti sistem saraf motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk pemprosesan. Kemudian, maklumat baru ajan dihantar kembali kepada reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan. Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak balas. IRS berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.

0 comments: