BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 13, 2009

BAGAIMANA I-CHARGE MENJIMATKAN PENGGUNAAN PETROL KERETA?

Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasang pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan petrol. I-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

0 comments: